Peranan manusia dalam bidang pengurusan insaniah amatlah penting. Lebih-lebih lagi dalam melaksanakan tanggungjawab seterusnya melahirkan pengurus yang cemerlang. Seseorang
individu perlulah mempunyai prinsip- prinsip kerja seperti berikut dalam
menguruskan tanggungjawab masing-masing seperti:
Ubudiyah - Pengabdian kepada Allah SWT
![]() |
Sumber |
Sebagai
seorang hamba, tugas utama manusia adalah dengan menjadikan Allah SWT sebagai
Tuannya. Sebagai hamba, wajib untuk manusia taat dengan perintah-Nya serta
meninggal apa yang dilarang oleh- Nya dan tidak menyekutukan-Nya. Dalam
apa jua keadaan, manusia perlu meletak keutamaan ke atas perkara yang
diredhai oleh-Nya. Dalam konteks pengurusan, manusia sebagai pengurus
yang mentadbir organisasi perlulah mentadbir mengikut acuan yang telah
digariskan oleh syariat Islam. Sebagai pengurus projek, ketua jabatan
mahupun pekerja biasa, setiap tugasan yang dilakukan perlu pastikan
perkara tersebut di dalam keredhaan Allah SWT seperti menjaga solat lima
waktu, tidak mengambil rasuah, memastikan setiap tugasan yang diberikan
dijalan dengan baik, menjaga batas pergaulan, tidak menipu, tidak
mengekploitasi pekerja lain dan tidak mengganggu melakukan ibadah.
Meletakkan
status bekerja itu adalah ibadah akan menjadikan seseorang individu
lebih dekat kepada Tuannya, lebih cepat untuk individu tersebut berada
dalam keredhaan-Nya.
Mas uliyyat- Menuntut individu supaya sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan olehnya
![]() |
Sumber |
Dari Ibnu Umar ra dari Nabi saw, Baginda saw bersabda, maksudnya:
“Ketahuilah
setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang
kepimpinan kamumu. Seorang amir/penguasa/ atau pemimpin yang berkuasa
terhadap rakyat akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang laki-laki
adalah pemimpin atas keluarganya .Dia akan ditanya tentang
kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin rumahtangga suami dan
anak-anaknya. Dia akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang hamba
adalah pemimpin atas harta kekayaan tuannya yang dipercayakan kepadanya.
Dia juga akan ditanya tentang kepimpinannya. Ketahuilah setiap kamu
adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinan kamu. ”
-
Imam Muslim.
Hadith ini menjelaskan tentang dua perkara; pertama setiap
orang memikul amanah dan tanggung jawab yang wajib ditunaikan (
kecualilah orang yang tidak mukallaf) dan kedua; setiap amal sama ada
kecil atau besar, akan ditanya dan
periksa oleh Allah SWT.
![]() |
Sumber |
Tugasan yang telah diserahkan
kepada individu merupakan amanah dan tanggungjawab yang wajib ditunaikan
dengan sempurna seperti yang telah ditetapkan dalam organisasi selagi
mana tugasan itu selari dengan syariat Islam. Komunikasi yang baik boleh
meningkatkan hubungan di antara pekerja dan mengurangkan salah faham di
dalam menjalankan aktiviti organisasi. Perlu disedari bahawa jawatan,
kerja, tugas atau apa-apa profesyen bukanlah satu kebanggaan sekiranya
individu tersebut pecah amanah atau membuat kerja sambil lewa dalam
menunaikan tanggungjawab dalam bekerja. Sebagai ketua pula, individu
tersebut bertanggungjawab ke atas akhlak dan prestasi pekerja dibawah
seliaanya. Pemerhatian dari semasa perlu dilakukan terhadap pekerjanya
bukan bertujuan untuk mengawal atau mencari kelemahan mereka tetapi
sebaliknya untuk sama-sama mengatasi masalah tersebut seterusnya
membuang perangai mazmumah untuk meningkatkan prestasi kerja dengan
lebih baik.
Itqan- ketekunan
![]() |
sumber |
Manusia
dilahirkan dalam keadaan fitrah yang sama. Namun, semangat dan
kesungguhan yang kuat akan membezakan diri individu dalam menjalani
kehidupan. Prinsip itqan dalam pengurusan menuntut supaya manusia
melakukan tugasan dengan cara yang bersungguh-sungguh serta tekun
menghadapinya. Bertanya jika buntu, mencari jalan penyelesaian dengan
cara yang betul, belajar sehingga faham dapat membantu individu terus
maju dalam setiap tindakannya. Melakukan sesuatu dengan
bersungguh-sungguh juga menggambarkan kesempurnaan iman dan taqwa
ketulusan hati, keluhuran budi dan kemuliaan akhlak yang semua
sifat-sifat ini akan dikira oleh Allah dalam menentukan amal hamba-Nya
diterima atau sebaliknya. Prestasi organisasi akan terus meningkat jika
setiap pekerjanya dapat menghayati prinsip itqan dalam menjalankan
tanggungjawab mereka.
Qanaah -sentiasa berpuas hati dengan rezeki yang diberikan oleh Allah
![]() |
sumber |
Sifat qanaah mengajar individu menjadi seseorang yang bersyukur. Mereka
yakin jika usaha atau kerjanya tidak mendapat
ganjaran yang setimpal atau sepatutnya daripada majikannya, maka
ganjaran itu akan diperoleh di akhirat kelak. Qanaah tidak menjadikan
individu tersebut menjadi pasif sebaliknya menjadikan individu tersebut
lebih bersifat terbuka (tidak iri hati kepada orang lain,
mengeksploitasikan orang lain dan sebagainya) kerana meyakini Allah akan
memberi ganjaran lain kepadanya kelak.
Sebagai
kesimpulan, prinsip-prinsip yang dibincangkan diatas boleh melahirkan
individu yang mulia akhlaknya di samping dapat menjadi seorang hamba
Allah SWT yang diredhai-Nya. Prinsip-prinsip ini sewajarnya diterapkan dalam organisasi atau institusi pengurusan untuk memperbaiki kelemahan dan lompang sistem-sistem pengurusan yang ada. Hakikatnya, setiap individu perlu mempraktis prinsip-prinsip ini sehingga menjadi budaya dalam melakukan tugasan harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan